Tuesday, 6 December 2011

Jawapan tatabahasa

Jawapan kata nama am

Latihan 1

1. peguam

2. dapur

3. kucing

4. bunga

5. padang

Jawapan kata nama am

Latihan 2

1. Nelayan

2. kereta

3. almari

4. perpustakaan

5. doktor


Jawapan kata nama khas

Latihan 1

1. Si Comel

2. Xin Yi

3. Toyota

4. Samsung

5. Kuala Lumpur

Jawapan kata nama khas

Latihan 2

1. SJK (C) Sam Chai

2. Cikgu Ng

3. Taman Onn

4. Doraemon

5. Adidas


Jawapan kata ganti nama diri

Latihan 1

1. saya

2. -nya

3. Awak

4. Kita

5. kamu

Jawapan kata ganti nama diri

Latihan 2

1. awak

2. Kita

3. Dia

4. Saya

5. Mereka


Jawapan kata kerja

Latihan 1

1. mengelap

2. ketawa

3. berkokok

4. terlupa

5. bersiul

6. berpesan

7. bersenam

8. memadamkan


Jawapan kata adjektif

Latihan 1

ungu

panas

pahit

tinggi

kuat

takut

segi tiga

cepat

sedih

pendek

rendah

Jawapan kata adjektif

Latihan 2

1. pucat

2. sedih

3. merdu

4. perlahan

5. rajin



Jawapan kata hubung

Latihan 1

1. sambil

2. tetapi

3. kerana

4. atau

5. dan

Jawapan kata hubung

Latihan 2

1. sambil

2. kerana

3. atau

4. sambil

5. tetapi


Jawapan kata sendi nama

Latihan 1

1. di

2. kepada

3. dengan

4. daripada

5. pada

6. dari

7. untuk

8. ke


Jawapan kata Tanya

Latihan 1

1. Mengapa

2. Berapa

3. Apa

4. Siapa

5. Di mana

6. Bagaimana

7. Bila

8. Siapa


Jawapan penjodoh bilangan

Latihan 1

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

Jawapan penjodoh bilangan

Latihan 2

1. pasang

2. biji

3. keping

4. ekor

5. kuntum

6. batang

7. orang

8. buah



Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Nama Am

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat. Contoh kata nama am adalah seperti berikut:

Kumpulan

Contoh

Ayat contoh

orang

Ayah, ibu, adik, guru, doktor, pesakit

Doktor sedang merawat pesakit.

binatang

Lembu, kambing, anjing, buaya, ular

Lembu sedang makan rumput di padang.

benda

Pen, pensel, radio, televisyen, meja

Meja ini diperbuat daripada kayu.

tempat

Perpustakaan, padang, bilik, kantin, dewan.

Murid-murid sedang bersenam di padang.


Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

padang, bunga, peguam, dapur, kucing.

1. Ayah saya ialah seorang _____________.

2. Emak sedang memasak di _____________.

3. Kakak memelihara seekor ­_____________.

4. Datuk suka menanam _____________.

5. Abang dan adik sedang menyepak bola di _____________.

Latihan 2 – Gariskan kata nama am.

1. ( Petani, Nelayan) menangkap ikan di laut.

2. Bapa membeli sebuah ( kotak, kereta).

3. Kakak menyimpan baju di dalam ( meja, almari).

4. Murid-murid sedang membaca buku cerita di ( kantin, perpustakaan).

5. Cita-cita saya ialah menjadi seorang (doktor, hospital).

Tuesday, 29 November 2011

Kebaikan aktiviti bercerita

KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA

Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid.

Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.

Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid.

Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.

Menyuburkan akal dan kecerdasan otak.

Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.

Menggalakkan perkembangan bahasa.

Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.

Monday, 28 November 2011

Cerita teladan

Cerita teladan

Cerita yang mempunyai unsur didaklik, pendidikan moral dan memberi pengajaran atau teladan.

Fungsi cerita

  1. Membentuk sahsiah dan tingkah laku.
  2. Memperluasakn perbendaharaan kata dan meningkatkan prestasi pembelajaran bahasa.
  3. Membentuk sensitiviti kanak-kanak pada bentuk bahasa dan pengalaman manusia.
  4. Merangsang keupayaan kreativiti secara menyeluruh.
  5. Membantu kanak-kanak dengan membentuk objektif, penyelesaikan masalah dan membuat penilaian.
  6. Membantu kanak-kanak membentuk kemahiran dialog dan kerjasama.
  7. Menambah daya kreatif dan kritis.

Peranan guru sebagai pencerita

Peranan guru sebagai pencerita penting kerana kebolehan dan kreativiti guru menyampaikan cerita mempengaruhi keberkesanan penyerapan moral dan pengajaran bagi membentuk tingkah laku pelajar di dalam kelas.

Bagi tujuan itu, terdapat beberapa garis panduan ciri yang perlu dikuasai guru bagi menjadi pencerita dan penyampai yang berkesan. Antaranya adalah,

  1. Bahasa badan
  2. Nada suara guru
  3. Bahasa lisan
  4. Persekitaran bilik darjah
  5. Cara berpakaian
  6. Penggunaan media semasa bercerita
  7. Unsur kecindan dan penceritaan

Hari Kanak-Kanak


Hari kanak-kanak

Pada 3 November 2011 merupakan hari kanak-kanak di sekolah saya. Pada pagi-pagi, mereka telah membawa makanan ringan ke sekolah dengan gembira. Tidak lama kemudian, meja saya telah penuh dengan makanan ringan.

Selepas loceng berbunyi, murid-murid saya telah beratur ke mini stadium sekolah saya. Kita menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Perak Darul Ridzuan dan lagu sekolah. Kemudian, acara perasmian telah dijalankan. Selepas itu, sekolah saya telah menjalankan pertandingan menyanyi.

Pertandingan menyanyi tamat pada pukul 10 pagi. Masa menyambut hari kanak-kanak telah sampai. Selepas mencuci tangan, kita menjamu selera bersama-sama. Mereka makan dengan bersopan-santun. Apabila saya membahagikan makanan kepada mereka, saya bertanya, “ murid-murid boleh makan lambat ssedikit untuk menunggu cikgu?” Zhi Teng jawab, “ tentulah boleh. Terima kasih, cikgu kerana cikgu telah menyediakan makanan yang sungguh enak kepada kita.” Selepas mendengar isi luah kata Zhi Teng, saya berasa amat terharu dan bersyukur kerana anak murid begitu menghargai makanan.

Selepas menjamu selera, kita pun mula bermain permainan. Mereka bermain dengan seronok. Sebelum balik rumah, mereka bekerjasama untuk membersihkan kelas.


Saya amat gembira apabila melihat anak murid saya begitu berdisiplin dan menghargai makanan. Cikgu, bangga dengan kamu semua murid 1H!

Pendekatan Didik Hibur

Pendekatan Didik Hibur

Didik hibur merupakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah seperti nyanyian, berlakon, bercerita dan berpuisi.

Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah( KSSR) dalam pelajaran BahasaMelayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

Didik hibur telah membawa banyak kebaikan. Antaranya ialah nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. Kesannya dapat mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa. Bercerita dapat memberikan pengajaran,panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi. Berlakon dapat melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisanmasyarakat Melayu. Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda, sosial, budaya dan kemasyarakat Melayu lama.

Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 1, sebelum tamat unit tersebut, ia ada membekalkan sebuah lagu. Dalam lagu tersebut mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Fenomena ini akan membantu murid mengingatkan dan membinakan dasar yang lebih kukuh dalam proses pembelajaran.

Guru-guru juga boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, guru boleh menggunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa demi mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini membolehkan murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, selesa dan tiada tekanan.

Sunday, 27 November 2011

Sayur Jenis Buah dan Sayur Jenis Daun

Sayur Jenis Buah
tomato
timun
terung
labu
Sayur Jenis Daun
sawi
salad

kubis

kangkung