Kata Kerja
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan. Kata kerja terbahagi kepada:
| Kata Kerja Transitif | Penggunaan | Ayat Contoh |
| Membuang sampah, mengayuh basikal, memandu kereta | Kata kerja yang mesti diikuti objek untuk melengkapkan maksudnya. | Shahin sedang membuang sampah ke dalam tong sampah. |
| Kata Kerja Tak Transitif | Penggunaan | Ayat Contoh |
| makan, pulang, berenang, menari | Kata kerja yang tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. | Jia Jun sedang berenang. |
Latihan 1 – Gariskan kata kerja yang sesuai.
| 1. Kakak sedang ( menonton , mengelap ) tingkap. |
| 2. Saya suka melihat adik saya ( masuk, ketawa ). |
| 3. Ayam jantan itu ( berkokok, berbaris ) setiap pagi. |
| 4. Wei Hong (terlupa, terambil ) membawa buku latihan ke sekolah. |
| 5. Encik Ali suka ( bersiul, berbaring ) semasa mengayuh basikal. |
| 6. Ibu ( berpesan, berjalan ) kepada abang supaya rajin belajar. |
| 7. Datuk suka ( bersenam, berniaga ) pada setiap pagi. |
| 8. Anggota bomba sedang (memandi, memadamkan ) kebakaran itu. |
No comments:
Post a Comment