Kata Hubung
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.
| Kata Hubung | Penggunaan | Ayat Contoh |
| dan | Untuk menyatakan perkara yang sama dan setara. | Hobi saya ialah melukis dan bermain badminton. |
| sambil | Untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama. | Adik mandi sambil menanyi. |
| kerana | Untuk menunjukkan sebab. | Xin En menangis kerana terjatuh dari tangga. |
| tetapi | Untuk menunjukkan sesuatu yang bertentangan. | Ji Leam pandai tetapi sombong. |
| atau | Untuk menunjukkan pilihan. | Awak suka makan roti atau kek? |
Latihan 1 – Betulkan penggunaan kata hubung dalam ayat di bawah.
| 1. Ayah berjoging kerana bersiul. ---------------------( ) |
| 2. Jam tangan ini cantik dan mahal. -------------------( ) |
| 3. Nenek sihat dan dia rajin bersenam. ---------------( ) |
| 4. Kamu hendak bercuti di Pulau Langkawi kerana Pulau Pangkor? ---------------------------------------------------------------( ) |
| 5. Saya atau Yueen Yee berkawan baik.---------------( ) |
Latihan 2 – Gariskan jawapan yang betul.
| 1. Ibu memasak ( atau, sambil ) mendengar radio. |
| 2. Yoong Xuan dimarahi oleh ayah ( kerana, tetapi) tidak membaca ejaan. |
| 3. Kamu suka makan manga (dan, atau ) betik? |
| 4. Abang berjoging (sambil, dan) berbual-bual dengan kawannya. |
| 5. Orang itu kaya ( kerana, tetapi) kedekut. |
No comments:
Post a Comment