Tuesday, 6 December 2011

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Nama Am

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat. Contoh kata nama am adalah seperti berikut:

Kumpulan

Contoh

Ayat contoh

orang

Ayah, ibu, adik, guru, doktor, pesakit

Doktor sedang merawat pesakit.

binatang

Lembu, kambing, anjing, buaya, ular

Lembu sedang makan rumput di padang.

benda

Pen, pensel, radio, televisyen, meja

Meja ini diperbuat daripada kayu.

tempat

Perpustakaan, padang, bilik, kantin, dewan.

Murid-murid sedang bersenam di padang.


Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

padang, bunga, peguam, dapur, kucing.

1. Ayah saya ialah seorang _____________.

2. Emak sedang memasak di _____________.

3. Kakak memelihara seekor ­_____________.

4. Datuk suka menanam _____________.

5. Abang dan adik sedang menyepak bola di _____________.

Latihan 2 – Gariskan kata nama am.

1. ( Petani, Nelayan) menangkap ikan di laut.

2. Bapa membeli sebuah ( kotak, kereta).

3. Kakak menyimpan baju di dalam ( meja, almari).

4. Murid-murid sedang membaca buku cerita di ( kantin, perpustakaan).

5. Cita-cita saya ialah menjadi seorang (doktor, hospital).

1 comment: