Wednesday, 7 December 2011

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama dan terbahagi kepada:

Kata ganti nama diri

Penggunaan

Contoh

Ayat contoh

Pertama

Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

aku, saya, beta, patik, hamba,kita,kami

Saya berumur tujuh tahun pada tahun ini.

Kedua

Digunakan untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap.

awak, anda, kamu, engkau, saudara, saudari,kalian

“Awak hendak pergi ke mana?” tanya ibu kepada Swee Ling.

Ketiga

Digunakan bagi orang yang dicakapkan.

dia, mereka, beliau, baginda, -nya

Mereka sedang menyepak bola di padang.


Latihan 1 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Awak, Kita, saya, -nya, kamu.

1. Nama _____________ Lee Jia Yi.

2. Kotak pensel _____________ sangat cantik.

3. _____________ suka makan apa?

4. _____________ mesti berdiri tegak semasa menanyikan lagu Negaraku.

5. Di manakah _____________ tinggal?

Latihan 2 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Kita, Mereka, awak, Dia, Saya.

1. Wah, cantiknya baju _____________.

2. _____________ perlu bersenam selalu untuk menjaga kesihatan.

3. Samy mempunyai seekor anjing. _____________ bermain dengan anjingnya pada masa lapang.

4. Saya murid tahun satu. _____________ suka membaca buku.

5. Ethan dan Ken berkawan baik. _____________ pergi ke sekolah bersama-sama.

1 comment:

  1. Hai cikgu..mohon share & guna bahan yer...terima kasih..

    ReplyDelete