Tuesday, 6 December 2011

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Nama Khas

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Huruf awal pada setiap kata nama khas ditulis dalam huruf besar. Contoh kata nama khas adalah seperti berikut:

Kumpulan

Contoh

Ayat contoh

orang

Puan Chong, Cikgu Mubarak, Encik Lee

Cikgu Mubarak ialah guru kelas saya.

binatang

Sang Kancil, Si Comel, Si Putih, Sang Katak

Sang Katak gembira tinggal di tepi kolam itu.

benda

Sony, Proton Waja, Toyota, Dell, Apple

Ayah telah membeli sebuah komputer yang berjenama Dell.

tempat

Ipoh, Dewan Budaya, Taman Jaya, Jusco

Kami sekeluarga tinggal di Ipoh.

Latihan 1 – Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat berikut.

1. Adik saya sayang akan Si Comel.

2. Xin Yi seorang murid yang pandai

3. Abang telah membeli sebuah kereta Toyota.

4. Harga telefon bimbit Samsung mahal

5. Kami sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur.

Latihan 2 - Gariskan kata nama khas.

1. Mei Ling bersekolah di ( Zoo Negara, SJK (C) Sam Chai).

2. ( Cikgu Ng, Doktor Lee ) sedang mengajar kelas 1H.

3. Puan Wong tinggal di ( Berita Harian, Taman Onn ).

4. King Hong suka menonton rancangan kartun ( Milo, Doraemon ).

5. Bapa memakai kasut berjenama ( Toshiba, Adidas ).

No comments:

Post a Comment

Post a Comment