Kata Tanya
Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya sekiranya kata Tanya diletakkan di pangkal ayat.
| Kata Tanya | Penggunaan | Ayat Contoh |
| Apa | Digunakan untuk menanyakan tentang benda | Apakah warna bekas makanan kamu? |
| Siapa | Digunakan untuk menanyakan tentang orang. | Siapakah yang ingin membeli majalah ini? |
| Bila | Digunakan untuk menanyakan tentang masa. | Bilakah abang pulang? |
| Mengapa | Digunakan untuk menanyakan tentang sebab. | Mengapakah Aziz tidak hadir ke sekolah? |
| Bagaimana | Digunakan untuk menanyakan tentang cara. | Bagaimanakah kamu membuat kek coklat ini? |
| Di mana | Digunakan untuk menanyakan tentang tempat. | Di manakah beg sekolah saya? |
| Berapa | Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan. | Berapakah umur adik? |
Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.
| Apa, Siapa, Mengapa, Bagaimana,Di mana,Berapa,Bila |
| 1. ______________kah kamu ketawa? |
| 2. ______________kah harga pensel warna? |
| 3. ______________kah makanan kegemaran kamu? |
| 4. ______________kah nama abang kamu? |
| 5. ______________kah buku cerita saya? |
| 6. ______________kah kamu dapat memancing ikan yang besar? |
| 7. ______________kah bas sekolah kamu akan tiba di sekolah? |
| 8. ______________kah yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini? |
No comments:
Post a Comment