Wednesday, 7 December 2011

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis

Contoh

Ayat contoh

Sifat / keadaan

Berani, sihat, sejuk

Ahmad seorang budak yang berani.

Ukuran

Besar, panjang, kecil

Pembaris ini sangat panjang.

Warna

Hijau, biru, kuning

Bunga ini berwarna merah.

Bentuk

Bulat, segi empat, segi tiga

Bola ini berbentuk bulat.

Pancaindera

Manis, masin ,masam

Epal ini sangat manis.

Perasaan

Sedih, gembira, benci

Mereka gembira kerana telah menang dalam pertandingan.

Latihan 1 - Warnakan kata adjektif yang terdapat dalam kotak di bawah.

ungu

padang

panas

pahit

pokok

tinggi

kuat

takut

kantin

segi tiga

dewan

cepat

sedih

pendek

rendah

Latihan 2 - Gariskan kata adjektif yang sesuai.

1. Wajah Nick ( pucat, pening) kerana dia deman.

2. Wei Ling berasa sangat (sedih, seronok )kerana patungnya telah hilang.

3. Suara Jett Li sangat ( jernih, merdu).

4. Kura-kura itu berjalan dengan (laju, perlahan).

5. Kakak sedang (rajin, malas) belajar.

No comments:

Post a Comment