Monday 28 November 2011

Pendekatan Didik Hibur

Pendekatan Didik Hibur

Didik hibur merupakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah seperti nyanyian, berlakon, bercerita dan berpuisi.

Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah( KSSR) dalam pelajaran BahasaMelayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

Didik hibur telah membawa banyak kebaikan. Antaranya ialah nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. Kesannya dapat mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa. Bercerita dapat memberikan pengajaran,panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi. Berlakon dapat melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisanmasyarakat Melayu. Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda, sosial, budaya dan kemasyarakat Melayu lama.

Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 1, sebelum tamat unit tersebut, ia ada membekalkan sebuah lagu. Dalam lagu tersebut mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Fenomena ini akan membantu murid mengingatkan dan membinakan dasar yang lebih kukuh dalam proses pembelajaran.

Guru-guru juga boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, guru boleh menggunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa demi mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

Sebagai contoh, pengajaran dan pembelajaran melalui modul seni bahasa akan memberi tumpuan dan penekanan kepada pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif dan berkesan yang boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti berbahasa seperti nyanyian, berlakon, berpuisi, pengucapan awam, jazz chants, choral speaking, drama dan muzik.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini membolehkan murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, selesa dan tiada tekanan.

1 comment:

  1. Selamat sejahtera Puan Janice.
    Boleh saya dapatkan kertas kerja berkaitan Didik Hibur jika Puan ada koleksinya.
    Boleh attach bahan kepada: manlaoshi@yahoo.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete