Cerita teladan
Cerita yang mempunyai unsur didaklik, pendidikan moral dan memberi pengajaran atau teladan.
Fungsi cerita
- Membentuk sahsiah dan tingkah laku.
- Memperluasakn perbendaharaan kata dan meningkatkan prestasi pembelajaran bahasa.
- Membentuk sensitiviti kanak-kanak pada bentuk bahasa dan pengalaman manusia.
- Merangsang keupayaan kreativiti secara menyeluruh.
- Membantu kanak-kanak dengan membentuk objektif, penyelesaikan masalah dan membuat penilaian.
- Membantu kanak-kanak membentuk kemahiran dialog dan kerjasama.
- Menambah daya kreatif dan kritis.
Peranan guru sebagai pencerita
Peranan guru sebagai pencerita penting kerana kebolehan dan kreativiti guru menyampaikan cerita mempengaruhi keberkesanan penyerapan moral dan pengajaran bagi membentuk tingkah laku pelajar di dalam kelas.
Bagi tujuan itu, terdapat beberapa garis panduan ciri yang perlu dikuasai guru bagi menjadi pencerita dan penyampai yang berkesan. Antaranya adalah,
- Bahasa badan
- Nada suara guru
- Bahasa lisan
- Persekitaran bilik darjah
- Cara berpakaian
- Penggunaan media semasa bercerita
- Unsur kecindan dan penceritaan
No comments:
Post a Comment