Wednesday, 7 December 2011

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Hubung

Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.

Kata Hubung

Penggunaan

Ayat Contoh

dan

Untuk menyatakan perkara yang sama dan setara.

Hobi saya ialah melukis dan bermain badminton.

sambil

Untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama.

Adik mandi sambil menanyi.

kerana

Untuk menunjukkan sebab.

Xin En menangis kerana terjatuh dari tangga.

tetapi

Untuk menunjukkan sesuatu yang bertentangan.

Ji Leam pandai tetapi sombong.

atau

Untuk menunjukkan pilihan.

Awak suka makan roti atau kek?

Latihan 1 – Betulkan penggunaan kata hubung dalam ayat di bawah.

1. Ayah berjoging kerana bersiul. ---------------------( )

2. Jam tangan ini cantik dan mahal. -------------------( )

3. Nenek sihat dan dia rajin bersenam. ---------------( )

4. Kamu hendak bercuti di Pulau Langkawi kerana Pulau Pangkor? ---------------------------------------------------------------( )

5. Saya atau Yueen Yee berkawan baik.---------------( )

Latihan 2 – Gariskan jawapan yang betul.

1. Ibu memasak ( atau, sambil ) mendengar radio.

2. Yoong Xuan dimarahi oleh ayah ( kerana, tetapi) tidak membaca ejaan.

3. Kamu suka makan manga (dan, atau ) betik?

4. Abang berjoging (sambil, dan) berbual-bual dengan kawannya.

5. Orang itu kaya ( kerana, tetapi) kedekut.

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis

Contoh

Ayat contoh

Sifat / keadaan

Berani, sihat, sejuk

Ahmad seorang budak yang berani.

Ukuran

Besar, panjang, kecil

Pembaris ini sangat panjang.

Warna

Hijau, biru, kuning

Bunga ini berwarna merah.

Bentuk

Bulat, segi empat, segi tiga

Bola ini berbentuk bulat.

Pancaindera

Manis, masin ,masam

Epal ini sangat manis.

Perasaan

Sedih, gembira, benci

Mereka gembira kerana telah menang dalam pertandingan.

Latihan 1 - Warnakan kata adjektif yang terdapat dalam kotak di bawah.

ungu

padang

panas

pahit

pokok

tinggi

kuat

takut

kantin

segi tiga

dewan

cepat

sedih

pendek

rendah

Latihan 2 - Gariskan kata adjektif yang sesuai.

1. Wajah Nick ( pucat, pening) kerana dia deman.

2. Wei Ling berasa sangat (sedih, seronok )kerana patungnya telah hilang.

3. Suara Jett Li sangat ( jernih, merdu).

4. Kura-kura itu berjalan dengan (laju, perlahan).

5. Kakak sedang (rajin, malas) belajar.

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Kerja

Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan. Kata kerja terbahagi kepada:

Kata Kerja Transitif

Penggunaan

Ayat Contoh

Membuang sampah, mengayuh basikal, memandu kereta

Kata kerja yang mesti diikuti objek untuk melengkapkan maksudnya.

Shahin sedang membuang sampah ke dalam tong sampah.

Kata Kerja Tak Transitif

Penggunaan

Ayat Contoh

makan, pulang, berenang, menari

Kata kerja yang tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri dalam ayat.

Jia Jun sedang berenang.

Latihan 1 – Gariskan kata kerja yang sesuai.

1. Kakak sedang ( menonton , mengelap ) tingkap.

2. Saya suka melihat adik saya ( masuk, ketawa ).

3. Ayam jantan itu ( berkokok, berbaris ) setiap pagi.

4. Wei Hong (terlupa, terambil ) membawa buku latihan ke sekolah.

5. Encik Ali suka ( bersiul, berbaring ) semasa mengayuh basikal.

6. Ibu ( berpesan, berjalan ) kepada abang supaya rajin belajar.

7. Datuk suka ( bersenam, berniaga ) pada setiap pagi.

8. Anggota bomba sedang (memandi, memadamkan ) kebakaran itu.

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama dan terbahagi kepada:

Kata ganti nama diri

Penggunaan

Contoh

Ayat contoh

Pertama

Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

aku, saya, beta, patik, hamba,kita,kami

Saya berumur tujuh tahun pada tahun ini.

Kedua

Digunakan untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap.

awak, anda, kamu, engkau, saudara, saudari,kalian

“Awak hendak pergi ke mana?” tanya ibu kepada Swee Ling.

Ketiga

Digunakan bagi orang yang dicakapkan.

dia, mereka, beliau, baginda, -nya

Mereka sedang menyepak bola di padang.


Latihan 1 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Awak, Kita, saya, -nya, kamu.

1. Nama _____________ Lee Jia Yi.

2. Kotak pensel _____________ sangat cantik.

3. _____________ suka makan apa?

4. _____________ mesti berdiri tegak semasa menanyikan lagu Negaraku.

5. Di manakah _____________ tinggal?

Latihan 2 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Kita, Mereka, awak, Dia, Saya.

1. Wah, cantiknya baju _____________.

2. _____________ perlu bersenam selalu untuk menjaga kesihatan.

3. Samy mempunyai seekor anjing. _____________ bermain dengan anjingnya pada masa lapang.

4. Saya murid tahun satu. _____________ suka membaca buku.

5. Ethan dan Ken berkawan baik. _____________ pergi ke sekolah bersama-sama.