Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menentukan bilangan sesuatu benda, manusia, haiwan dan tempat. Contoh penjodoh bilangan adalah seperti berikut:
Kumpulan | Penggunaan | Ayat Contoh |
Orang | Orang, angkatan, pasang, pasukan, kumpulan. | Encik Lee seorang doktor yang terkenal. |
Benda | Biji, bilah, sikat, buku, kuntum, pucuk, rumpun, kaki. | Ayah telah membeli sebuku roti. |
Haiwan | Kawan, ekor, kumpulan, kandang. | Abang memelihara seekor arnab. |
Tumbuhan | Batang, kuntum, tongkol, jambak. | Datuk menebang beberapa batang pokok di belakang rumah. |
Latihan 1 – Tandakan (√) pada padanan benda dan penjodoh bilangan yang betul.
1. rumah ® buah ( ) | 2. murid ® kumpulan( ) |
3. baju ® helai ( ) | 4. parang®batang( ) |
5. bunga ® ekor ( ) | 6. buku ® keping( ) |
7. jalan ® batang ( ) | 8. tangan ® pasang ( ) |
9. epal ®buah ( ) | 10. lembu ® kandang ( ) |
11. pisau ® bilah ( ) | 12. katak ® ekor ( ) |
13. kambing® ekor ( ) | 14. payung®kaki ( ) |
15. surat ®pucuk ( ) | 16. kasut ® biji ( ) |
Latihan 2 – Tuliskan penjodoh bilangan yang betul.
Buah, pasang, keping, ekor, biji, batang, kuntum, orang. |
1. se_____________ kasut |
2. tiga _____________ bola |
3. lima _____________ kertas |
4. lapan _____________ kucing |
5. empat _____________ bunga |
6. sepuluh _____________ pensel |
7. se _____________ doktor |
8. sembilan _____________ rumah |