Wednesday, 7 December 2011

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Penjodoh Bilangan

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menentukan bilangan sesuatu benda, manusia, haiwan dan tempat. Contoh penjodoh bilangan adalah seperti berikut:

Kumpulan

Penggunaan

Ayat Contoh

Orang

Orang, angkatan, pasang, pasukan, kumpulan.

Encik Lee seorang doktor yang terkenal.

Benda

Biji, bilah, sikat, buku, kuntum, pucuk, rumpun, kaki.

Ayah telah membeli sebuku roti.

Haiwan

Kawan, ekor, kumpulan, kandang.

Abang memelihara seekor arnab.

Tumbuhan

Batang, kuntum, tongkol, jambak.

Datuk menebang beberapa batang pokok di belakang rumah.

Latihan 1 – Tandakan () pada padanan benda dan penjodoh bilangan yang betul.

1. rumah ® buah ( )

2. murid ® kumpulan( )

3. baju ® helai ( )

4. parang®batang( )

5. bunga ® ekor ( )

6. buku ® keping( )

7. jalan ® batang ( )

8. tangan ® pasang ( )

9. epal ®buah ( )

10. lembu ® kandang ( )

11. pisau ® bilah ( )

12. katak ® ekor ( )

13. kambing® ekor ( )

14. payung®kaki ( )

15. surat ®pucuk ( )

16. kasut ® biji ( )

Latihan 2 – Tuliskan penjodoh bilangan yang betul.

Buah, pasang, keping, ekor, biji, batang, kuntum, orang.

1. se_____________ kasut

2. tiga _____________ bola

3. lima _____________ kertas

4. lapan _____________ kucing

5. empat _____________ bunga

6. sepuluh _____________ pensel

7. se _____________ doktor

8. sembilan _____________ rumah

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Tanya

Kata Tanya

Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya sekiranya kata Tanya diletakkan di pangkal ayat.

Kata Tanya

Penggunaan

Ayat Contoh

Apa

Digunakan untuk menanyakan tentang benda

Apakah warna bekas makanan kamu?

Siapa

Digunakan untuk menanyakan tentang orang.

Siapakah yang ingin membeli majalah ini?

Bila

Digunakan untuk menanyakan tentang masa.

Bilakah abang pulang?

Mengapa

Digunakan untuk menanyakan tentang sebab.

Mengapakah Aziz tidak hadir ke sekolah?

Bagaimana

Digunakan untuk menanyakan tentang cara.

Bagaimanakah kamu membuat kek coklat ini?

Di mana

Digunakan untuk menanyakan tentang tempat.

Di manakah beg sekolah saya?

Berapa

Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan.

Berapakah umur adik?


Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

Apa, Siapa, Mengapa, Bagaimana,Di mana,Berapa,Bila

1. ______________kah kamu ketawa?

2. ______________kah harga pensel warna?

3. ______________kah makanan kegemaran kamu?

4. ______________kah nama abang kamu?

5. ______________kah buku cerita saya?

6. ______________kah kamu dapat memancing ikan yang besar?

7. ______________kah bas sekolah kamu akan tiba di sekolah?

8. ______________kah yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini?

Sudut Tatabahasa Tahun 1 - Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata yang lain dalam ayat.

Contoh kata sendi nama adalah seperti berikut:

Kata sendi nama

Penggunaan

Ayat Contoh

Di

Menerangkan tentang tempat atau arah

Saya tinggal di Kuantan.

ke

Menerangkan tentang tempat, arah yang dituju dan waktu.

Saya pergi ke pasar malam dengan kakak.

dari

Menerangkan tentang tempat, arah dan waktu.

Wei Chun berasal dari Miri, Sarawak.

daripada

Menunjukkan sumber, punca atau perbandingan.

Meja itu diperbuat daripada kayu.

kepada

Menerangkan penggunaan untuk orang dan benda abstrak.

Menyatakan bahagian.

Ayah memberi hadiah kepada abang.

untuk

Menyatakan kegunaan sesuatu.

Kek itu dibeli untuk adik bongsu saya.

pada

Menerangkan masa dan tempat.

Pada hari Ahad,ayah membawa kami sekeluarga berkelah di tepi pantai.

dengan

Menunjukkan bersama, cara, perbandingan.

Wei Lun menyapu dengan penyapu.

Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.

1. Ayam goring yang sedap itu dijual _________ gerai itu.

2. Bapa membeli jam tangan itu _________ saya.

3. Emak menggosok pakaian _________ seterika.

4. Chee Ching lebih tinggi _________ Yueen Thong.

5. Kelas balet akan bermula _________ pukul 8 malam.

6. Bungkusan ini saya terima _________ England.

7. Kotak ini digunakan _________ menyimpan alat mainan adik.

8. Cikgu Law memandu kereta _________ sekolah.