KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA
Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid.
Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid.
Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
Menyuburkan akal dan kecerdasan otak.
Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
Menggalakkan perkembangan bahasa.
Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.