Kata Nama Am
1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
2. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang | ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll |
binatang | ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang dll |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll |
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
6. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. | Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. | Pada awal ayat |
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia | Zaidi, Mei Fong, Subramaniam |
binatang | Tompok (kucing), Jalak (ayam) |
tempat | Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) |
bangunan | Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) |
judul buku | Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) |
benda | Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) |
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan | Kata Nama Am | Kata Nama Khas |
Benda | bangunan kereta buku sekolah | Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau |
Orang | doktor kerani guru budak lelaki | Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi |
Binatang | kucing lembu katak ayam burung | Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai |
Tempat | negeri bandar kampung tasek | Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana |
Tumbuhan | pisang cili jambu limau | Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi |